← Kembali ke semua tajuk

KSSR • Tahun 1 • Matematik

3.0 Pecahan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran disusun mengikut struktur DSKP. Setiap Standard Pembelajaran kini ada lesson shell.

Standard Kandungan & Pembelajaran

Standard Kandungan 3.1
Konsep perdua dan perempat pecahan wajar.
3.1.1
Mengenal pasti satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.
Catatan: Memahami pecahan merupakan bahagian yang sama. Menggunakan perkataan setengah, separuh, suku dan tiga suku dengan objek, lipatan kertas dan gambar.
Buka Lesson →
Standard Kandungan 3.2
Penyelesaian masalah.
3.2.1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi harian.
Buka Lesson →

Standard Prestasi

TP1
Menyatakan satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.
TP2
Melorek satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.
TP3
Membentuk satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat dengan menggunakan objek dan lipatan kertas.
TP4
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan pecahan.
TP5
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan pecahan dengan pelbagai strategi.
TP6
Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin melibatkan pecahan secara kreatif dan inovatif.