← Kembali ke semua tajuk

KSSR • Tahun 1 • Matematik

4.0 Wang

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran disusun mengikut struktur DSKP. Setiap Standard Pembelajaran kini ada lesson shell.

Standard Kandungan & Pembelajaran

Standard Kandungan 4.1
Wang kertas dan duit syiling.
4.1.1
Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.
Catatan: Menggunakan wang semasa dalam situasi harian.
Buka Lesson →
4.1.2
Mewakilkan nilai wang: (i) Sen hingga RM1. (ii) Ringgit hingga RM10.
Catatan: Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1.
Buka Lesson →
4.1.3
Menukar wang: (i) Syiling hingga RM1. (ii) Ringgit hingga RM10.
Catatan: Menggunakan gabungan wang dalam bentuk syiling dan wang kertas.
Buka Lesson →
Standard Kandungan 4.2
Sumber kewangan dan simpanan.
4.2.1
Mengenal pasti sumber kewangan dan simpanan.
Catatan: Menggunakan situasi yang sesuai.
Buka Lesson →
4.2.2
Merekod simpanan dan perbelanjaan daripada sumber kewangan.
Catatan: Menggunakan situasi yang sesuai.
Buka Lesson →
Standard Kandungan 4.3
Penyelesaian masalah.
4.3.1
Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan wang.
Catatan: Melibatkan sen hingga RM1 dan ringgit hingga RM10. Tambah dan tolak wang boleh menggunakan abakus 4:1.
Buka Lesson →

Standard Prestasi

TP1
Menyatakan mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas, serta sumber kewangan dan simpanan.
TP2
Menyelesaikan ayat matematik melibatkan wang.
TP3
Menentukan kewajaran jawapan bagi penyelesaian ayat matematik melibatkan wang. Merekod simpanan dan perbelanjaan daripada sumber kewangan.
TP4
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan wang.
TP5
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan wang dengan pelbagai strategi.
TP6
Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin melibatkan wang secara kreatif dan inovatif.